Saturday, March 28, 2009

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR SPM DAN PMR DI SEK.MEN. KEB. RANTAU PETRONAS

Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah, selangit kesyukuran kepada Allah SWT, selawat dalam salam ke atas Nabi junjungan serta keluarga dan para sahabat bagindaNabi Muhammad SAW,kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka kami telah berjaya melaksanakan satu lagi program kem kecemerlangan pelajar di Sek. Men. Keb. Rantau Petronas selama 2 hari satu malam bermula pada 26 hingga 27 Mac 2009. Di sini, kami ingin merakam jutaan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Pn. Nora selaku Pen. Kanan Pentadbiran yang telah memberi kepercayaan kepada kami Al-Iman Consultant And Training Centre untuk mengendalikan program kem kecemerlangan pelajar pada kali ini. Kami sekali ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam kem pada kali ini khususnya yang menjadi tulang belakang bagi kem ini iaitu Pn. Nora yang sanggup bertungkus lumus dan memberi sokongan yang semaksima mungkin sehingga sanggup untuk bermalam di sekolah demi memastikan perjalanan program bergerak lancar, semoga Allah memberkati segala usaha yang telah berikan, insyaAllah mudah-mudahan Sek. Men. Keb. Rantau Petronas mencatat keputusan yang cemerlang pada tahun ini dengan keputusan 100 peratus dalam SPM dan PMR serta juga ramai di kalangan pelajar mendapat semua A dalam semua subjek yang diambil, insyaAllah. Di sini, kami juga ingin memohon kemaafan jika sekiranya sepanjang kami melaksanakan kem ini ada yang kurang atau sebagainya kami dahulukan dengan jutaan kemaaafan dan untuk akhirnya, terima kasih sekali lagi, mudah-mudah kita berjumpa lagi di lain masa, insyaAllah, wassalam.

Sebahagian Gambar-gambar Yang Sempat Dirakam Dalam Kem Kecemerlangan Pelajar SMK Rantau Petronas


"...Rehat kejap.. sementara tunggu budak-budak ni siapkan mummy.."


Ustaz Hisyam, nampaknya sedang memerhatikan peserta yang sedang menyiapkan mummy masing-masing untuk dipersembahkan..


Ni nak buat apa ni...nak nak test suara ke..kalau nak test suara balik rumah je la, nanti hujan pulak, susah kami nak buat program... bukan.. habis...Ooo, rupanya baca resolusi program, semoga berjaya!!!he..he...


Ini dia calon-calon pertandingan fesyen mummy in the world...jangan jadi mummy betul sudah lah..kan susah pulak kena cari tisu nak buat baju...


Bergambar dengan mummy ke??? he..he.. mummy bohong boleh la... kalu mummy betul baru kecut perut....



Amboi siap tunjuk peace lagi, nanti mummy gigit jari baru tahu...he..he..mummy ni takde gigi sebenarnya....gigi dia baru jer kena cabut dengan dr.gigi, sebab suka makan coklat...


Comelnya istana pasir mereka ni, macam istana zaman firaun..istana macam firaun takpe jangan kita jadi macam firaun sudah....

Khusyuknya mimi dengan syamin, siapkan mummy ni, tak takut kerrr...???nanti mummy bertukar menjadi pontianak harum sundal malam...macam dalam filem tu...baru lari tak cukup tanah....


Seronoknya dia orang bergambar tepi pantai, maklum la orang baru jumpa pantai....


Asyraff... ni taichi ke tarian sumo...???


Pusing lagi...ewah...ke kanan pulak... ramai-ramai ni jangan pulak ada yang melepaskan bom atom....nanti pengsan pulak juru latih...


Ni, nanyi lagu apa ni???nak kata lagu anak itik tok wi tak juga,bunyi macam katak panggil hujan jer....he..he...he gurau jer..jangan marah ha...


Hebatnya istana pasir di orang ni, siap ada padang bola sepak, padang ragbi tak nak buat skali ke,klcc ke??


Istana pasir kerajaan pasir berdengung..zaman p.ramleee...


Khusyuknya dengar kuliah, sampai amerika dah aku rupanya...ooo..tidur rupanya..ingatkan khusyuk tadi...


Posing la konon... nak masuk tv tak dapat, posing kat sini pun jadi la belalang....


Ni sape pulak ni, hensem giler mamat ni... macam tom kurus jer...he..he..jangan marah...

Friday, March 20, 2009

PROGRAM KEM JATI DIRI REMAJA MUSLIM DI LAGOONA

Insaf....teringatkan kesilapan yang dilakukan terhadap kedua ibu bapa...


Semoga, ibu dan ayah meredhai hidup kami,dan semoga ayah dan ibu dipanjangkan usia dan juga mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat,insyaAllah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, Alhamdulillah, pada 13 dan 14 Mac 2009 baru-baru ini kami telah berjaya melaksanakan satu program kem jati diri remaja muslim yang telah berlansung di Lagoona Villa Beach Resort cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Pada kem kali ini, kami berjaya menarik seramai 69 peserta yang berumur dari 11 hingga 17 tahun dan pengisian pada kali ini kami mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan bagaimana untuk menjadi anak yang soleh yang mentaati kedua ibi bapa. Di samping itu juga para peserta di dedahkan dengan aktiviti lasak seperti night walk dan jungle tracking yang mencabar. Slot ini memerlukan kayakinan peserta dari sudut spiritual dan fizikal untuk berdepan dengan cabaran-cabaran dan sebagainya. Alhamdulillah, semua peserta yang hadir gembira dan seronok dengan segala program yang telah kami sediakan kepada mereka, dan daripada borang muhasabah yang kami terima semua peserta ingin menyertai semula kem yang kami akan laksanakan di lain masa.

Tuesday, March 3, 2009

SEMPENA MAULIDUR RASUL

GERINGNYA RASULULLAH S.A.W...

Diriwayatkan bahawa Surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu Asar iaitu pada Hari Jumaat di Padang Arafah pada musim Haji Penghabisan (Wida?). Pada masa itu Rasulullah S.A.W tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah S.A.W bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun Malaikat Jibril a.s dan berkata “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata “Agama kita telah sempurna! Agama kita telah sempurna!” Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya.Maka Abu Bakar r.a pun berkata ?Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.Kemudian Ali r.a berkata “Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar Ya Rasulullah?. Lalu Rasulullah S.A.W berkata, “Semua yang dikata oleh Abu Bakar adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat. Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka iapun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a pula menggeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuatnya yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua Malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahupun di lautan turut menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W bersalaman dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.Kisah Rasulullah S.A.W mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. Mengikut riwayat Ibn Ishaq dan Ibn Saad daripada Abu Muwaihibah mengenai geringnya Rasulullah S.A.W katanya Aku diajak pergi oleh Rasulullah S.A.W di tengah-tengah malam, katanya “Wahai Muwaihibah, aku diperintahkan supaya memohon ampun untuk penduduk Baqi”. Kemudian Baginda pun datang kepada aku lalu katanya : “Telah diberikan kunci khazanah dunia untuk kekal dalam dunia ini, tetapi aku memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan Syurga.” ”Wahai Rasulullah. Ambillah kunci khazanah dunia dan kekallah dalam dunia kemudian barulah syurga.” “Tidak, demi Allah wahai Abu Muwaihibah, aku telah memilih pertemuan dengan Tuhanku dan Syurga.” Sejak itu mulalah geringnya Baginda Rasulullah S.A.W. Sakit yang mula dirasai oleh Rasulullah S.A.W. ialah sakit kepala yang bersangatan. Dari Aishah r.a., bahawa tatkala pulang Baginda dari Baqi disambut oleh Aishah, maka Baginda mengadu dengan mengatakan : “Kepalaku wahai Aishah”. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Urwah bahawa Aishah memberitahu kepadanya : bahawa Rasulullah S.A.W. bila mengidap sakit, Baginda menyapu-nyapukan air liurnya dengan tangannya sambil membaca ayat-ayat Ma?uzah. Baginda sedar bahawa para sahabatnya berdukacita kerananya. Maka kata Baginda : “Bawalah aku kepada mereka, ingin aku cakap kepada mereka.” Lalu Baginda pun bersembahyang bersama mereka, kemudian berucap di atas mimbar dengan kepala berbalut. Kemudian kata Baginda : “Seorang hamba Allah telah diberi pilihan untuk mendapat kemewahan hidup di dunia atau berada disamping Allah”. Abu Bakar yang mendengar ucapan itu terus menangis. Kata Baginda kepadanya : “Bertenanglah wahai Abu Bakar.. “wahai manusia, orang yang paling banyak berbudi dengan harta benda dan perdampingan kepada ku ialah Abu Bakar, andainya dibolehkan saya mendapat khalil (teman), maka Abu Bakarlah akan ku jadikan khalil, tetapi persaudaraan ialah Islam, tidak akan kekal di masjid ini satu tingkap pun melainkan tingkap Abu Bakar. Aku tidak merasa bimbang kamu akan menjadi musyrik sesudah peninggalan ku tetapi yang aku takut ialah kamu akan bercakaran bersengketa kerana dunia. Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwa kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian Al-Quran dan Sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnah ku bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W. yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saat itu telah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua. Keluh hati semua sahabat kala itu. Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliaupun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. beliau berkata : “Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua. Aku berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertakwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahNya. Sesungguhnya hari perpisahan antara aku dengan kamu semua hampir dekat dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah S.W.T. dan menempatkannya di Syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikan ku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku maka hendaklah kamu menempatkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua hendaklah keluar sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah S.W.T. kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibril a.s. kemudian diikuti oleh Malaikat Israfil, Malaikat Mikail, dan yang akhir sekali Malaikat Izrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atas ku”.Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang deras dan berkata : “Ya Rasulullah, engkau adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini engkau memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila engkau sudah tiada lagi kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti” Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata : “Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan pada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan ia dengan mengambil pengajaran dari mati. Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T. oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Matahari kian tinggi tapi pintu rumah Rasulullah S.A.W. masih tertutup. Sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” Tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang memalingkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anak ku” “Tak tahulah ayahku orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah S.A.W. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. “Dialah malaikat maut.” Kata Rasulullah S.A.W. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, kata Rasulullah menanyakan kenapa Jibril A.S. tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril A.S. yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh Kekasih Allah dan penghulu di dunia. “Jibril, jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah S.W.T.? Tanya Rasulullah S.A.W.dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu,” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah S.W.T. berfirman kepada ku, “Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” Kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah S.A.W. mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril?” Tanya Rasulullah kepada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat Kekasih Allah direnggut ajal wahai Rasulullah.?” Kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakitnya tidak tertahan lagi. “Ya Allah dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepada ku jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bi shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antara mu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W. yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii” ”Umatku, umatku, umatku” Innalillahiwainnailaihirojiun. Maka, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu . Diambil dari:Fiqh Sirah, Said Ramadhan Al-Buti.

Sunday, March 1, 2009

Kem Azan dan Iqamah Sek. Men. Keb. Geliga

sesi praktikal melaungkan azan

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah baru-barui ni kami Al-Iman Consultant And Training Centre telah berjaya mengadakan kursus azan dan iqamah di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga. Di sini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru yang mengendalikan kem ini iaitu Ustazah Katizah, kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan kem azan dan iqamah pada kali ini, semoga segala yang telah dilaksanakan ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT,insyaAllah. Sekian, terima kasih sekali lagi,wassalam.

Friday, February 27, 2009

DON'T BE GIVE UP!!!

JANGAN SESEKALI MENYERAH, JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA…

Sahabatku, Terkadang kejayaan dimulai dari sebuah kegagalan. Ingatlah bahwa Allah telah berfirman bahawa “Tidakkah mereka dibiarkan begitu sahaja dan mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka tidak pernah diuji". Memang kehidupan itu adalah kumpulan dari ujian. Dan setiap ujian akan membuat kita bertambah kuat dan tabah. Kerana itu sahabatku pembaca-pembaca blog ini, ingatlah satu perkara: NEVER EVER SURRENDER, NEVER GIVE UP! SUCCESS IS ALREADY THERE, ALL YOU ONLY NEED IS TO WALK INTO IT.

Berikut ini adalah sebagian inspirasi dari “Self Efficacy”-nya Dr. Albert Bandura, sebahagiannya lagi diambil daripada rujukan yang lain. Semoga memberi manfaat kepada anda.

Abraham Lincoln berangkat ke medan perang sebagai kapten dan kembali sebagai prajurit. Kemudian, dia gagal sebagai usahawan. Sebagai hakim di Springfield, dia sangat tidak yakin untuk berjaya. Dia beralih ke dunia politik dan kalah pada usaha pertamanya untuk menjadi anggota parlimen, kemudian kalah lagi dalam merebut menjadi anggota kongres, kemudian gagal menjadi komisioner di General Land Office, kalah lagi dalam pemilihan senator tahun 1854, kalah lagi dalam pemilihan Wakil Presiden tahun 1856, dan kalah lagi dalam pemilihan senat 1858. Dia menulis kepada seorang temannya, “Saya sekarang adalah manusia hidup yang paling menderita. Jika apa yang saya rasakan dibahagi rata kepada semua umat manusia, maka tak ada wajah yang ceria di muka bumi ini.”

Winston Churcill harus mengulang di sekolah dasar, dan saat dia memasuki sekolah berikutnya, di Harrow, ia ditempatkan di bahagian terendah di dalam kelas terendah. Selanjutnya, dia gagal dua kali dalam ujian kemasukan ke Royal Military Academy at Sandhurst. Dia juga kalah dalam pemilihan anggota parlimen. Ia menjadi perdana menteri di usia 62 tahun. Ia kemudian menulis, “Never give in, never give in, never, never, never, never - in nothing, great or small, large or petty - never give in except to convictions of honor and good sense. Never, Never, Never, Never give up.”

Socrates, diberi julukan sebagai “koruptor kaum muda yang tidak bermoral” karena ajarannya. Ia meneruskan korupsinya, bahkan setelah dijatuhi hukuman mati. Ia mati minum racun dan tetap dalam keadaan korupsi.

Sigmund Freud mengeluh “Huuu…!” Saat yang sangat meriah ialah pertama kali mempersembahkan ideanya di hadapan masyarakat ilmiah Eropa. Ia kembali ke pejabatnya dan tetap menulis.

Guru-guru Thomas Alva Edison berkata, “dia terlalu bodoh untuk belajar apapun.” Dia dipecat dari pekerjaan pertamanya karena “tidak produktif”. Sebagai penemu, Edison membuat 1000 percubaan yang gagal sebelum menemukan bola lampu. Saat seorang wartawan bertanya kepadanya, “Apa rasanya gagal seribu kali?” Edison menjawab, “Saya tidak gagal seribu kali. Bola lampu ditemukan dengan seribu langkah.”

Albert Einstein tidak boleh bercakap sehingga berusia 4 tahun dan tidak boleh membaca sehingga usia 7 tahun. Orang tuanya beranggapan bahwa dia abnormal. Salah satu gurunya mendeskripsikan Einstein dengan, “mentalnya terlalu lemaht, tidak sosial, dan terus bertualang dalam impian bodoh.” Dia dikeluarkan dari sekolah dan ditolak masuk ke sekolah politeknik Zurich. Einstein sangat sedikit belajar bicara dan menulis. Ia bahkan sedikit sekali belajar matematik. (Pakar Fizik Teori)

Louis Pasteur hanyalah murid rata-rata di sekolahnya. Ia ranking 15 dari 22 di kelas kimia. (Pakar Kimia)

Setelah audisi pertamanya, Sidney Poitier dinasihati oleh direktor casting, “mengapa kamu tidak berhenti menghamburkan waktu orang lain dan pergilah keluar sana jadi tukang cuci piring atau apa-apalah?” Saat itulah, ia memutuskan untuk membaktikan dirinya dalam dunia akting.

Henry Ford gagal dan bangkrap lima kali sebelum dia berjaya dengan keretanya. ( Pembuat kereta pertama )

Stan Smith ditolak menjadi ball boy untuk Davis Cup karena “terlalu aneh dan kekok.” Dia tetap aneh dan kekok, dan memenangkan Wimbledon dan US Open. Dan, lapan piala Davis.

RH Macy gagal dan bangkrap tujuh kali sebelum perusahaannya merajalela di New York.

Saat Bell Telephone Company merosot di masa-masa awal perniagaannya, pemiliknya Alexander Graham Bell menawarkan seluruh haknya kepada Western Union seharga USD100,000. Penawaran itu ditolak dengan balasan, “apa manfaatnya mainan elektronik yang ditawarkan untuk perusahaan ini.”

Michael Jordan berkata, “Sepanjang karier Saya, Saya gagal 900 kali melempar bola. Saya kalah di hampir 300 pertandingan. 26 kali Saya dipercayai untuk melakukan lemparan kemenangan, dan gagal. Saya gagal dan gagal lagi di sepanjang hidup Saya. Itulah sebabnya Saya berjaya.”

Walt Disney dipecat dari jabatannya sebagai editor di sebuah majalah, sebab dianggap “tidak punya imejinasi dan tidak mempunya idea yang bagus.” Dia bangkrap beberapa kali sebelum membangunkan Disneyland. Faktanya, taman permainan itu ditolak oleh kota Anaheim dengan alasan hanya akan mengundang manusia sampah dan percemaran.

Saat pertama kali Jerry Seinfeld menjadi sebagai pelawak profesional, dia melihat audience, terdiam kaku, dan lupa bahasa Inggeris. Dia mencuba berjuang sekitar satu setengah minit sebelum keluar dari panggung. Dia kembali lagi malam berikutnya, dan menutup aksinya dengan persembahan yang sangat meriah.

18 penerbit menolak menerbitkan buku Richard Bach. Mac Millan akhirnya menerbitkan “Jonathan Livingston Seagull” di tahun 1970. Tahun 1975, 7 juta naskhah buku itu berjaya jual, hanya di Amerika saja.

Setelah lakonan pertamanya sebagai bellboy di film “Dead Heat on Merry-Go-Round” , Harrison Ford dipanggil wakil presiden studio film ke pejabatnya. “Duduklah nak,” ia berkata. “Saya akan bercerita. Saat pertama kali Tony Curtis tampil dalam film, lakonannya hanyalah mengantarkan sebuah beg duit. Kami melihatnya dan kami langsung tahu bahwa ia adalah bintang besar.” Ford membalas, “Saya kira encik melihatnya sebagai pengantar beg duit.” Tuan wakil presiden berdiri dan berkata, “Kamu tidak faham juga ya, kamu faham juga… sekarang pergi kamu dari sini!“

Pengetua sekolah Michael Cain berkata padanya, “Kamu bakal jadi pekerja di sepanjang hidup kamu.” Michael Cain mempekerjakan dirinya dan mendapatkan dua Academy Award.

Charlie Chaplin awalnya ditolak oleh berbagai studio di Hollywood sebab pantomimnya dianggap “nonsense”.

Di SMU, Robin Williams terpilih sebagai “Yang Paling Kecil Kemungkinan Berjayanya”.

Decca Records membatalkan kontrek rakaman The Beatles dengan alasan, “Kami tidak suka suara mereka. Grup band dengan gitar bakal segera musnah.” Setelah itu, Columbia Records juga menolak mereka.

Tahun 1954, Jimmy Denny, pengurus Grand Ole Opry, memecat Elvis Presley setelah sekali melakukan persembahan. Mereka bilang ke Elvis, “Kamu tidak akan kemana-mana, nak. Sebaiknya kamu kembali menjadi pemandu trak sahaja.”

Beethoven biasa memegang biola dengan cara yang aneh dan lebih memilih memainkan karyanya sendiri dan memperbaiki tekniknya. Gurunya menggelar dia sebagai “komposer tiada harapan”. Ia menulis lima simfoni terkenalnya, dengan telinga yang tuli secara total.

Sebuah gedung barang seni menolak Picasso saat ia ingin menumpang berteduh menyelamatkan lukisannya dari hujan. Tak lama kemudian gedung itu bangkrap.

Van Gogh hanya berhasil menjual satu lukisan saja di dalam hidupnya. Itupun, dijual kepada saudara dari temannya seharga 400 franc (sekitar 50 USD). Ini tidak membuatnya berhenti untuk berkarya menghasilkan lebih dari 800 lukisan.

12 penerbit menolak “Harry Potter” karya JK Rowlings sebelum sebuah penerbit kecil setuju menerbitkan “Harry Potter and The Philosopher’ s Stone”.

“Komputer masa depan beratnya tidak akan lebih dari satu setengah ton.” (Popular Mechanics, meramalkan kemajuan ilmu pengetahuan, 1949.)

“Saya rasa, akan ada pasar dunia untuk sekitar lima komputer.” (Thomas Watson, chairman of IBM, 1943.)

“Saya sudah kemana-mana di negeri ini dan berbicara dengan orang-orang terbaik, dan Saya boleh meyakinkan Anda bahwa data processing adalah lelucon yang tak akan bertahan sampai akhir tahun.” (Ketua Editor untuk buku perniagaan di Prentice Hall, 1957.)

“Tapi apa bagusnya?” (Ir. di department Advanced Computing Systems IBM, memperkecilkan microchip, 1968)

“Tidak ada alasan mengapa orang harus punya komputer di rumahnya.” (Ken Olson, president, chairman dan founder of Digital Equipment Corp, 1977.)

“Telefon ini terlalu menyusahkan untuk dipertimbangkan sebagai alat komunikasi. Tak ada nilainya untuk kita.” (memo ucapan di Western Union, 1876.)

“Kotak muzik tanpa kabel ini tak ada nilai komersialnya. Siapa yang mahu membayar untuk lagu yang dikirim kepada orang yang tidak jelas?” (Kolega David Sarnoff saat menolak pelaburan di bidang radio sekitar tahun 20-an.)

“Siapakah yang mahu mendengar aktor berbicara?” (HM Warner, Warner Bros, 1927 sesaat sebelum era film bisu berakhir.)

“Mesin terbang yang lebih ringan dari udara. Itu sangat mustahil .” (Lord Kelvin, president, Royal Society, 1895.)

“Kami lalu pergi ke Atari dan berkata, kami punya sesuatu yang istimewa, separuhnya menggunakan sparepart Anda, maukah Anda membiayai kami? Kami cuma mahu mengerjakannya, nanti kami berikan seluruhnya kepada Anda. Bayar gaji kami, kami akan bekerja untuk Anda. Mereka kata: tidak. Lalu kami pergi ke Hewlett-Packard; mereka kata, kami tidak memerlukan Anda. Anda bahkan belum lulus belajar.” (Steve Jobs, founder Apple Computer semasa merayu kepada Atari and HP agar mahu berkecimpung dalam membuat PC.)

“Menggerudi untuk minyak? Maksud kamu menggerudi tanah untuk menemukan minyak? Gila kamu!” (Tukang gerudi yang ditawari Edwin L Drake untuk mengorek minyak, 1859.)

“Pesawat terbang itu mainan bagus. Tapi tidak ada gunanya untuk perperangan.” (Marsekal Ferdinand Foch, Professor of Strategy, Ecole Superieure de Guerre.)

“Memory sebesar 640K sudah cukup untuk setiap orang.” (Bill Gates of Microsoft, 1981.)

21 penerbit menolak novel humor Richard Hooker, M*A*S*H. Padahal dia mengerjakannya tujuh tahun.

22 penerbit menolak buku James Joyce “The Dubliners”.

27 penerbit menolak buku pertama Dr. Seuss, “To Think That I Saw It on Mulberry Street”
Jack London menerima enam ratus surat penolakan sebelum berhasil menjual kisah pertamanya.

Novelist Jenayah Inggeris John Creasey menerima 753 surat penolakan sebelum ia berhasil menerbitkan 564 buku.

William Saroyan mengumpulkan seribu penolakan sebelum berhasil menerbitkan “Way to not take a hint, Bill!”

Kolonel Harland Sanders ditolak ratusan kali, sebelum KFC-nya berjaya di pasarkan ke seluruh dunia.

John Milton menulis “Paradise Lost” selama 16 tahun setelah ia kehilangan penglihatannya.

Seorang profesor di MIT membuka kursus “Gagal”. Dia melakukannya, katanya, karena kegagalan adalah pengalaman yang lebih sering terjadi permulaan kejayaan. Dalam sebuah interview seseorang bertanya kepadanya, apakah ada yang gagal dalam kursusnya itu. Ia berfikir sejenak dan kemudian berkata, “Tidak, tapi hanya ada dua orang yang tidak menyelesaikannya.

James Sastrowijaya dari Jakarta, ditolak 20 bank sebelum berhasil meyakinkan enam bank. Ia kemudian menjadi millionare hartanah dengan modal nol rupiah.

Masbukhin si raja voucher, gagal dalam bisnes berkali-kali sebelum menjadi “Karyawan Ber-Omzet Milyaran”.

Perusahaan Roni Yuzirman di Tanah Abang terbakar. Ia kini makin berhasil dengan perusahaan online, “Manet Vision”.

Seorang peserta seminar Tung Desem Waringin mengaku, “Tiga tahun yang lalu Saya adalah cleaning service di Golden Truly”. Sekarang, Saya punya Jaguar sendiri.

YES, THEY DID NOT GIVE UP!SO YOU ALSO MUST NOT BE GIVE UP!!!
JANGAN SESEKALI MENYERAH KALAH, BESI YANG TERKUAT LAHIR KERANA TEMPAAN BERKALI-KALI. BAHKAN ALLAH TELAH BERFIRMAN KEPADA KITA BAHAWA ALLAH TIDAK PERNAH MEMBERI BEBANAN YANG TIDAK SANGGUP DITANGGUNG OLEH MAKHLUKNYA. JADI SAHABATKU, KENAPA HARUS MENYERAH DAN BERPUTUS ASA???

Disusun oleh: Ust.Osmarizal Bin Omar
Hakcipta terpelihara

KEPIMPINAN YANG MESTI DI TAULADANI

Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Khalifah Yang Agung

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717MLama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".
4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"
5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"
6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"
7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....
Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas.....!!!

Thursday, February 5, 2009

Seminar Gejala Murtad







Seminar Gejala Murtad telah dapat dilaksanakan dengan jayanya baru-baru ini anjuran bersama Al-Iman Consultant And Training Centre dan Petronas Gas Berhad PGB A,dengan disempurnakan majlis persmiannya oleh Hj. Kamal Baharin yang merupakan Senior General Manager Petronas Gas Berhad. Alhamdulillah semua peserta yang hadir berpuas hati dengan aktiviti dan modul yang telah dipersembahkan oleh pihak kami. Kami sempat meminta pendapat daripada pengarah program ini iaitu Hj. Mohammad Bin Ismail yang merupakan Pengerusi Badan Kebajikan Islam Petronas, disini dinyatakan petikan komentar beliau, "overall program memuaskan dan dari feedback yang diterima juga menunjukkan positif". Di sini sedikit gambar kenangan semasa program berlangsung,wassalam.