Monday, July 21, 2008

Program Terbaru Kami "Seminar Jati Diri&Kecemerlangan Ilmu"

Assalamualaikum wbt... dah lama rasanya kami tidak update blog kami ni... Sebenarnya kami sibuk dengan program yang telah dijadualkan,walaubagaimanapun pada kali ni kami hanya sempat untuk mengemaskinikan dengan info program yang telah kami laksanakan baru- baru ni...



Inilah peserta yang terdiri daripada anak-anak staff Cefs Response yang mengikuti program kami.."khusyuknya mendengar perbentangan modul oleh motivator Ust. Hisyam...."



Ni... nak buat apa pula... ade games ke?/#%&*^



Ini adalah slot team building dalam program ni"buat betul-betul dik nanti tak dapat biskut chipsmore..."



"Cepat-cepat dik, orang lain dah nak siap tu....." Ini adalah kumpulan yang berjaya membentuk menara yang terbaik.



Ini lah hasilnya, semua kumpulan berjaya membina menara mengikut kreativiti masing-masing...



"Menangislah adik-adik ku... mudah-mudahan tangisan yang mengalir pada petang ini adalah titisan air mata yang lahir dari lubuk sanubari hatimu yang tulus ikhlas untuk melakukan perubahan menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dalam kehidupan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat...insyaAllah"(ini adalah slot keinsafan "Spritual Effection" )

Tahniah kepada adik-adik semua.. Untuk makluman, ini hanya sebahagian snapshot yang sempat dipamerkan dalam blog ini, sebenarnya banyak lagi slot-slot dan permainan-permainan yang menarik yang telah dilaksanakan dalam program ni..

Akhir kalam, kami amat berharap adik-adik semua dapat mengambil manfaat daripada apa yang dipelajari dalam program pada kali ni...Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Cefs Response terutamanya Tuan Hj. Nawawi Yusof dan juga Puan Norbaya serta jawatankuasa pelaksana program En. Hamizan, En. Asmawi dan En. Zamani kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program pada kali ini, segala kelemahan kami pohon jutaan kemaafan dan tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih dan selaut tahniah kepada semua staff Al-Iman Consultant And Training Centre kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya terutamanya kepada motivator utama Ust. Hisyam yang bertungkus lumus mengerahkan idea dan sebagainya, dan akhirnya sebagai penutup bicara, "Daun Selasih Beli Di Pekan Terima Kasih Kami Ucapkan". Semoga Allah meredhai segala apa yang kita lakukan dan mudah-mudahan kita mendapat ganjaran yang baik disisi-Nya, insyaAllah.... Sayonara....Wassalam.
Daripada: Pengarah Urusan Al-Iman Consultant And Training Centre
(Ust. Osmarizal Omar)