Monday, July 21, 2008

Program Terbaru Kami "Seminar Jati Diri&Kecemerlangan Ilmu"

Assalamualaikum wbt... dah lama rasanya kami tidak update blog kami ni... Sebenarnya kami sibuk dengan program yang telah dijadualkan,walaubagaimanapun pada kali ni kami hanya sempat untuk mengemaskinikan dengan info program yang telah kami laksanakan baru- baru ni...



Inilah peserta yang terdiri daripada anak-anak staff Cefs Response yang mengikuti program kami.."khusyuknya mendengar perbentangan modul oleh motivator Ust. Hisyam...."



Ni... nak buat apa pula... ade games ke?/#%&*^



Ini adalah slot team building dalam program ni"buat betul-betul dik nanti tak dapat biskut chipsmore..."



"Cepat-cepat dik, orang lain dah nak siap tu....." Ini adalah kumpulan yang berjaya membentuk menara yang terbaik.



Ini lah hasilnya, semua kumpulan berjaya membina menara mengikut kreativiti masing-masing...



"Menangislah adik-adik ku... mudah-mudahan tangisan yang mengalir pada petang ini adalah titisan air mata yang lahir dari lubuk sanubari hatimu yang tulus ikhlas untuk melakukan perubahan menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dalam kehidupan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat...insyaAllah"(ini adalah slot keinsafan "Spritual Effection" )

Tahniah kepada adik-adik semua.. Untuk makluman, ini hanya sebahagian snapshot yang sempat dipamerkan dalam blog ini, sebenarnya banyak lagi slot-slot dan permainan-permainan yang menarik yang telah dilaksanakan dalam program ni..

Akhir kalam, kami amat berharap adik-adik semua dapat mengambil manfaat daripada apa yang dipelajari dalam program pada kali ni...Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Cefs Response terutamanya Tuan Hj. Nawawi Yusof dan juga Puan Norbaya serta jawatankuasa pelaksana program En. Hamizan, En. Asmawi dan En. Zamani kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program pada kali ini, segala kelemahan kami pohon jutaan kemaafan dan tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih dan selaut tahniah kepada semua staff Al-Iman Consultant And Training Centre kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya terutamanya kepada motivator utama Ust. Hisyam yang bertungkus lumus mengerahkan idea dan sebagainya, dan akhirnya sebagai penutup bicara, "Daun Selasih Beli Di Pekan Terima Kasih Kami Ucapkan". Semoga Allah meredhai segala apa yang kita lakukan dan mudah-mudahan kita mendapat ganjaran yang baik disisi-Nya, insyaAllah.... Sayonara....Wassalam.
Daripada: Pengarah Urusan Al-Iman Consultant And Training Centre
(Ust. Osmarizal Omar)

Monday, June 30, 2008

Rindunya Kami Kepadamu Ya Rasulullah...


Para pelawat yang saya kasihi sekalian, pada lembaran kali ini, saya ingin mengajak saudara/ri merenung dan mengosongkan fikiran sejenak agar dapat kita memberi setitis ruang di dalam benak fikiran untuk sama-sama kita menyingkap pengorbanan kehidupan Insan Teragung, penutup segala Anbiya' Nabi Muhammad S.A.W. Saudara/ri yang budiman, pernahkah kita mengambil secubit waktu dalam seharian kehidupan kita untuk kita menuangkan ingatan yang ikhlas kepada insan terangung yang mengorbankan segenap ruang kehidupannya untuk melihat kebahagiaan kita sepanjang kehidupan di dunia dan di akhirat?jika tidak, saya ingin menjemput saudara/ri untuk mengisi hati ini dengan rasa cinta dan rindu kepada baginda. Ya Rasulullah, kami amat merinduimu, Ya Rasulullah sesungguhnya kami tidak mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbananmu. Ya Rasulullah, sesungguhnya kami amat mencintaimu, kami sedar keperitan dan kepenatan yang telah engkau hadapi, betapa sukarnya perjalanan hidupmu, terpaksa melalui lalang-lalang yang penuh dukacita. Ya Rasulullah, terimalah kami sebagai umatmu, walaupun sesaat tidak pernah kami melihat wajahmu, namun hati kami sentiasa menyimpan kerinduan untuk bersama denganmu suatu masa nanti,semoga di izinkan Rabbuljalil. Ya Rasulullah, mudah-mudahan kami mampu untuk mengamalkan sunnah dan meneruskan perjuanganmu. Ya Allah cucurilah rahmat ke atas Nabi kesayangan kami ini, Ya Allah, cucurilah rahmat Mu jua ke atas kami. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada Baginda di hari tiada perlindungan selain daripada kita mengharapkan syafaat daripada Rasulullah, insyaAllah.

Tuesday, June 24, 2008

Gambar- gambar Program Motivasi Jati Diri Remaja di Lagoona Beach Resort



1- Antara moderator yang terlibat adalah daripada Universiti Timur Tengah.



2- Antara peserta-peserta yang terlibat dengan program kem jati diri.



3- Fasilitator yang sentiasa sibuk dengan perancangan bagi memberi kesan yang terbaik kepada peserta program.



4- Fasilitator muslimat yang terlibat.



5- Para peserta sedang beratur untuk mengikuti aktiviti team building



6- Para peserta sedang mencari klu untuk pergi ke check point yang terakhir.



7- Para peserta sedang melakukan perbentangan hasil daripada perbicangan di dalam aktiviti bengkel.



8- Peserta sedang bertanya kepada fasilitator mengenai klu yang diberikan oleh fasilitator.

Nilai Sebuah Keimanan



Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Mentadbir Sekelian Alam. Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan, Keluarga Baginda, Para Sahabat, Duat Awwalin, Mujahid Mujahidah Sepanjang Perjalanan Dakwah Seantero Alam Maya.

Alhamdulillah, pertamanya saya ingin mengajak anda untuk kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas segala anugerah nikmat yang jika hendak dihitung dalam ruang waktu sehari semalam, maka sudah tentu kita perlu mencari waktu atau jam yang lain untuk kita menghitungnya, membuktikan kepada kita betapa banyaknya nikmat Allah yang diberikan kepada kita.

Anda yang saya muliakan, para ruangan pertama ini saya ingin mengajak saudara/ri pembaca sekalian, untuk kita mensyukuri dan menghargai nikmat Iman yang kita perolehi semenjak kita dilahirkan ke muka bumi ini. Sesungguhnya nikmat Iman ini cukup berharga sehingga jika kita ingin menilainya dengan harta setinggi gunung pun sudah tentu kita tidak dapat membeli atau membayarnya untuk kita memilikinya. Ia tidak boleh di beli di mana-mana, sama ada di pasaraya, pasar tani, atau supermarker atau di mana sahaja kita tetap tidak membelinya.

Anda yang saya hormati, sesungguhnya nikmat Iman ini mesti kita pelihara sebaik mungkin agar ia tidak mudah dicabut atau di goncang oleh golongan kuffar yang sentiasa mencari jalan untuk memesongkannya.

Anda yang saya kasihi, carilah kemanisan Iman yang disebut oleh Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .

Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati.

Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.
Oleh kerana itu, anda yang saya cintai, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.
Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :

- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- Banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan .

Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.

Dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”

Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:

- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan.
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda S.A.W

Anda yang saya sanjungi, mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.

Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.

Semoga santapan rohani untuk pertemuan sulung bersama anda dapat menanamkan benih pertemuan dan ikatan ukhuwwah sepanjang zaman, insyaAllah. Mudah-mudahan kita semua mendapat keredhaan daripada-Nya, insyaAllah.